Pyretta Blaze dan Andy Filth dari South Wales adalah pasangan pontianak hidup yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Mereka minum darah dengan penuh privasi di dalam bilik tidur mereka sendiri.
Mereka menyamakan tabiat mereka seperti hubungan seks dan berkata ia mewujudkan hubungan spiritual yang kuat. Mereka adalah sebahagian 15,000 penganut fahaman dan agama pontianak di United Kingdom.
Pasangan Andy dan Pyretta mengatakan mereka juga sama seperti mana-mana pasangan lain, dari segi menjalani kehidupan harian kecuali sedikit perbezaan iaitu mereka suka minum darah masing-masing.
Andy dan Pyretta , yang muncul di dalam sebuah program televisyen menyarankan agar masyarakat lebih berfikiran terbuka terhadap golongan pontianak seperti mereka.
Andy yang menyamakan aktiviti menghirup darah sama seperti hubungan seks berkata , "Apabila anda merasai dan minum darah seseorang, anda akan membina hubungan terus melalui jiwa masing-masing"
Beliau berkata rasanya tidak pernah membuat dia berasa loya tetapi mengakui , "Rasanya pastilah bukan seperti strawberi, tetapi ia mempunyai rasa metal"
Edited by
Farahhasina
No comments:
Post a Comment