expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 June, 2014

WANITA DIPANGGIL 'JALANG' KERANA MENYUSUKAN BAYI DI TEMPAT AWAM



Seorang ibu muda meninggalkan sebuah kafe dengan linangan air mata apabila dipanggil 'jalang' oleh 2 orang pelanggan lain di situ. Rhea Holley datang ke Costa Coffee di Purley, selatan London bersama dengan bayinya dan seorang lagi rakan apabila anaknya Arthur mula menangis untuk untuk menyusu.

Wanita berusia 27 tahun , dari Faversham, Kent, berkata dia tahu bahawa di Costa Coffee menyusukan bayi adalah dibenarkan dan dia mula menyusukan bayinya yang berusia 11 bulan itu. Beberapa ketika sahaja selepas itu, satu pasangan yang duduk berhampiran mula memanggil beliau sebagai 'jalang', memberitahu bahawa dirinya sangat menjijikkan' dan menyusukan bayi di khalayak ramai adalah suatu perbuatan yang sangat memalukan.

Holley berkata, dia meninggalkan tempat itu dalam linangan dalam air mata selepas dimalukan oleh pasangan itu, yang berusia dalam lingkungan 60-an. Beliau terus mengadu kepada beberapa pekerja Costa Coffee, yang kemudiannya bercakap dengan pasangan itu dan memberitahu mereka bahawa menyusukan bayi di tempat umum adalah dibenarkan.

Satu pekerja restoran memberitahu pasangan tersebut bahawa undang-undang di dalam Equality Act 2010 tidak membenarkan sesiapa melarang atau menghalang wanita dari menyusukan bayi di tempat awam, seperti kafe , kedai atau di dalam kenderaan awam.

Holley memberitahu ' Anak saya, Arthur ketika saya membuat pesanan minuman dan kek, namun dia tiba-tiba terjaga dan mengamuk, jadi saya mula menyusukan dia.

Edited by
Farahhasina

No comments:

Post a Comment