expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 June, 2014

KISAH WANITA BERPURDAH DI PASARAYA PERANCIS


Paparan ini mungkin boleh dijadikan pengajaran berguna untuk kita semua. Kisah yang berlaku di negara Perancis ini menyimpan satu tauladan yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita terutamanya pada semua muslimah di luar sana.

Dikisahkan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah sebuah pasaraya di Perancis. Setelah selesai mendapatkan segala barang keperluan yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter untuk membuat bayaran.

Kebetulan pula, cashier yang menjaga kaunter bayaran tersebut adalah seorang wanita berrketurunan Arab yang berpakaian tidak menutup auratnya.

Cashier tersebut yang memandang wanita berpurdah melemparkan satu pandangan mengejek. Dia kemudiannya mula mengira nilai barangan wanita tersebut sambil melemparkan semua barangan tersebut dengan kasar ke atas meja.

Walaupun menyedari tindakan biadap tersebut, wanita berpurdah itu tidak sedikit pun terpengaruh dengan provokasi cashier wanita itu. 

Dia tetap bertenang, bahkan sangat tenang hingga membuat cashier wanita tersebut semakin geram dan tidak dapat lagi mengawal dirinya. Cashier wanita itu lantas bersuara dengan nada memperlekehkan.

"Kita mempunyai pelbagai masalah di sini dan purdah kamu ini juga adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk mempamerkan agama mahupun sejarah," lancang sahaja wanita itu berkata-kata.

"Kalau kamu mahu mengamalkan suruhan agama atau mengenakan purdah, pergilah ke negerimu di sana dan jalanilah agamamu sesuka hati," tambahnya lagi tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan segala barangannya ke dalam troli, lalu memandang cashier wanita tersebut. Dia lantas membuka purdah untuk menunjukkan wajahnya. 

Daripada wajah yang terdedah itu, ternyata dia adalah seorang wanita kulit putih, dengan sepasang mata biru. Dia lantas berkata;

"Aku adalah wanita Perancis asli, begitu juga dengan ayah dan nenekku. Ini adalah negeriku dan Islam-ku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami pula membelinya,"

Subhanallah! Kisah ini membawa kita semua untuk untuk merenung satu firman Allah yang boleh dijadikan iktibar.

Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

Semoga kisah ini dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kita agar tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita. Sama-sama kita renungkannya. Wallahhualam...

No comments:

Post a Comment