expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 June, 2014

SELFIE BERANI MATI ATAS BANGUNAN



Trend selfie kini semakin menular di mana sahaja. Untuk mendapatkan selfie dengan posisi dan latar menarik, ada manusia yg sanggup melakukan apa sahaja asalkan mendapat kelainan bagi selfie yang diambil.

Gambar seorang gadis yang tersebar di laman sosial beberapa hari lalu mula menjadi viral apabila dia dengan berani bergambar selfie di atas sebuah bangunan tinggi. Gadis itu tanpa perasaan takut merangkak dan duduk di atas bangunan semata-mata kerana ingin mendapatkan sudut terbaik ketika bergambar selfie.

Beberapa gambar yang dimuat naik dalam Facebook dan blog menunjukkan aksi gadis itu yang kelihatan memegang telefon pintar dan monopod untuk mendapatkan sudut terbaik di puncak bangunan yang tinggi.

Perbuatan berani mati gadis berbaju biru itu berselfie di atas sebuah bangunan yang dipercayai di sekitar ibu kota benar-benar mendapat perhatian banyak pihak.

Sama ada untuk kepuasan atau sekadar meraih populariti, tindakan gadis itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata menganggapnya sebagai keterlaluan dan membahayakan nyawa.

Menurut Pakar motivasi dan kaunseling dari Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultancy, Hushim Salleh, aktiviti berkenaan tidak dianggap salah dan bukanlah penyakit jiwa seperti pandangan segelintir pihak.

“Selfie ini tiada kaitan dengan sakit jiwa, ia hanyalah trend kerana boleh dikatakan semua orang suka berselfie pada zaman sekarang. Kalau nak jadikan selfie sebagai hobi tak salah, tetapi nasihat saya biarlah bertempat dan jangan sampai membahayakan diri sendiri," kata Hushim.

“Walaupun berselfie sudah menjadi trend, tetapi sebelum buat sesuatu lebih baik fikir terlebih dulu sama ada ia membawa kebaikan atau memudaratkan diri sendiri,” katanya mengulas berkaitan kegilaan gadis berkenaan berselfie.

Dari sudut psikologi tindakan gadis itu sebenarnya adalah untuk meraih perhatian orang ramai. Justeru itu, Hushim menasihati orang ramai supaya tidak memperjudikan nyawa semata-mata kerana kegilaan mendapatkan sudut terbaik ketika ingin berselfie.

No comments:

Post a Comment