03 June, 2014
PELAJAR PEREMPUAN 'PAILANG KINI DIBURU POLIS
SUSULAN video kejadian buli melibatkan beberapa pelajar perempuan yang kami kongsikan sebelum ini, satu kenyataan berkaitan telah dikeluarkan menerusi Facebook rasami Polis Diraja Malaysia, hari ini.
Ia berbunyi:
“Satu klip video yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membuli seorang pelajar perempuan lain telah tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.
Kejadian tersebut berlaku pada 25 April 2014 di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan serta tindakan susulan sedang dijalankan.
ACP DATIN ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
2 JUN 2014″
Pada masa yang sama, gambar jelas wajah dua pelajar yang turut terlibat dalam rakaman kejadian itu turut dikongsikan oleh orang ramai di laman sosial.
Diharap dengan tindakan undang-undang seperti ini, tidak ada lagi pelajar sekolah yang menganggap buli sebagai perkara ringan di masa akan datang, lapor Mynewshub.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment