03 June, 2014
ANAK KEPADA PEMAIN BOLA PELE DIHUKUM PENJARA 33 TAHUN
ANAK kepada legenda bola sepak Brazil, Pele, dijatuhi hukuman 33 tahun penjara kerana pengubahan wang haram yang diperolehi daripada aktiviti pengedaran dadah.
Edinho adalah pemain bola sepak bersara yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab lama Pele, Santos, dalam tahun 1990-an.
Dia pertama kali ditangkap pada tahun 2005 dan telah menerima hukuman bagi kesalahan mengedar dadah dan mempunyai hubungan dengan seorang pengedar dadah terkenal di bandar Santos.
Katanya, dia adalah seorang penagih dadah tetapi menafikan tuduhan pemerdagangan manusia.
Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh seorang hakim di bandar berhampiran pantai, Praia Grande, di negeri Sao Paulo.
Media Brazil tidak dapat menghubungi Edinho, yang nama sebenarnya adalah Edson Cholbi do Nascimento.
Tetapi mereka berkata dia dijangka akan membuat rayuan.
Edinho, 43, bekerja sebagai jurulatih penjaga gol di Santos.
Bapanya, Pele, atau Edson Arantes do Nascimento bermain secara profesional di Brazil untuk Santos.
Bermain untuk Brazil, beliau memenangi Piala Dunia pada tahun 1958, 1962 dan 1970 dan telah diiktiraf sebagai pemain bola sepak paling hebat dalam generasinya.
Beliau bersara pada tahun 1974, tetapi membuat kemunculan semula setahun kemudian untuk New York Cosmos.
Edinho adalah anak ketiga Pele dari perkahwinan pertamanya. Dia berusia lima tahun apabila keluarganya berpindah ke New York untuk bermain untuk Cosmos.
Apabila dia kembali ke Brazil dia membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya dalam bola sepak secara profesional, iaitu sebagai seorang penjaga gol, satu keputusan yang amat mengejutkan bapanya.
Dia adalah penjaga gol Santos pada tahun 1995 apabila pasukan itu mara ke final liga Brazil.
Pele, kini 74, telah melawat anaknya beberapa kali di penjara.
mStar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment