expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

03 June, 2014

WANITA 113 TAHUN KAHWINI LELAKI 70 TAHUN

 




BEIJING: Seorang wanita Cina yang berusia 113 tahun membuktikan bahawa usia bukan penghalang bagi cinta sejati apabila dia mengahwini lelaki yang berusia 43 tahun lebih muda darinya. Selepas perkahwinan tersebut, wanita berkenaan, Azatihan Sawuti, berkata dia merasa selesa dan tidak lagi berasa dirinya tua.

Azatihan dan pasangannya Aimti Ahemti, 70 mengambil keputusan untuk berkahwin setelah menjalin hubungan cinta selama 6 bulan yang bermula di tempat tinggal mereka di Rumah Orang Tua Daerah Bachu, sebuah rantau bebas di Xinjiang, China. Mereka masih menetap di situ sehingga kini. 

"Kami sangat gembira bersama. Saya tidak kisah dia jauh lebih tua dari saya" kata pengantin lelaki apabila ditanya mengenai perbezaan usia antara mereka. Apabila ditanya tentang apa yang menarik minatnya untuk mengahwini wanita tersebut, dia berkata "Azatihan menjaga saya dengan baik dan selalu memberi saya sebahagian lauknya ketika makan"

Aimti juga memberitahu bahawa Azatihan pada mulanya menolak lamarannya kerana berasa malu dengan faktor usia mereka tetapi akhirnya bersetuju setelah dia berjaya memujuk wanita itu.

No comments:

Post a Comment