expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 July, 2014

ANAK PATUNG MENAKUTKAN DITINGGALKAN DEPAN PINTU RUMAH


Masih ingatkah anda dengan kisah penemuan anak patung misteri di Singapura yang pernah kami paparkan tidak berapa lama dahulu? Kini satu lagi kisah yang hampir sama terjadi namun kali ini melibatkan lebih banyak anak patung.

Para penduduk di selatan California kini gempar dan ketakutan apabila telah mendapati anak patung porselin yang menyeramkan ditinggalkan di hadapan rumah mereka.

Pihak polis memberitahu bahawa pada hari Khamis sekurang-kurangnya 8 rumah di San Clemente, timur selatan Los Angeles, adalah mangsa kepada perbuatan aneh ini, dan para penduduk kini diburu kebimbangan kerana anak patung yang ditinggalkan di beranda rumah mereka mempunyai persamaan dengan anak-anak perempuan mereka sendiri.

Sheriff Orange County, Leftenan Jeff Hallock berkata dalam satu kenyataan bahawaseperti semua penduduk terbabit,  polis juga kini dalam kebingungan dan mereka telah mengumpul kesemua anak patung tersebut untuk diperiksa.

"Kami memeriksa kesemua anak patung berkenaan dalam usaha untuk mengenal pasti siapa yang mungkin telah menghasilkan mereka," kata Leftenan Hallock.

"Adakah patung-patung ini buatan sendiri? Adakah mereka dibeli? Pasti ada sesuatu atau sedikit maklumat yang akan membolehkan kami mengesan dalang yang bertanggungjawab meninggalkan anak-anak patung di hadapan rumah-rumah tersebut," kata Hallock lagi

Rumah-rumah yang menjadi sasaran mempunyai anak-anak perempuan, kesemuanya berusia dalam lingkungan 10 tahun dan mereka pergi ke sekolah bersama-sama.

"Kita tidak tahu sama ada ia hanya satu gurauan, atau pun keluarga-keluarga ini sememangnya menjadi sasaran untuk sesuatu maksud," kata Hallock.

"Jika sebenarnya anak-anak patung ini memang ditinggalkan di rumah-rumah tersebut dengan menyerupai anak-anak perempuan mereka, maka perkara ini amat dibimbangi," tambahnya lagi

ANAK-ANAK PATUNG INI DIKATAKAN MENYERUPAI ANAK PEREMPUAN PENGHUNI RUMAH



No comments:

Post a Comment