expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 July, 2014

PERGI HOSPITAL UNTUK BERKATAN TETAPI HILANG KEMALUAN



Seorang lelaki Alabama telah memfailkan tuntutan saman di mahkamah apabila beliau mendakwa kemaluannya telah dibuang setelah dia ke satu pusat perubatan untk berkatan.

Johnny Lee Bank Jnr mendakwa dia telah ke  Pusat Perubatan Baptis Princeton dan mendapati zakarnya telah disalah potong oleh pakar bedah.

Dalam tuntutan yang difailkan oleh Johnny bersama isterinya Zelda, dia menyatakan dia tidak diberikan penjelasan mengapa zakarnya telah dibuang dan tiada juga amaran bahawa prosedur berkhatan boleh mengakibatkan hilang kemaluan.

Tuntutan saman mahkamah itu menyatakan bahawa, "Apabila plaintif tersedar selepas pembedahan yang dijalaninya, zakarnya telah pun dipotong sedangkan plaintif tidak pernah memberikan kebenaran sama ada memotong sebahagian mahupun keseluruhan zakarnya.'

Lelaki tersebut telah menamakan hospital, dua klinik dan dua doktor yang terlibat dalam pembedahan tersebut sebagai defendan bagi tuntutan mahkamah itu. Menurutnya mereka cuai dan gagal untuk mendapatkan bantuan apabila masalah timbul semasa prosedur pembedahan.


No comments:

Post a Comment