expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 July, 2014

PEROMPAK CUAI PAKAI T-SHIRT BERCETAK NAMA SENDIRI SEWAKTU MEROMPAK BANK


Kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, tapi bagaimana pula sekiranya tupai itu sendiri memang bodoh? 

Mungkin inilah yang terjadi pada seorang lelaki yang melakukan rompakan bank. Sama ada lupa atau tidak perasan, dia melakukan rompakan tersebut degan berpakaian t-shirt yang menag ada cetakan namanya.

John David Martinez, mungkin merupakan perompak paling bodoh di dunia kerana tidak berhati-hati dalam persediaan rompakannya sehingga boleh melakukan kesilapan sedemikian rupa.

John didakwa memakai t-shirt yang dicetak dengan nama pertamanya semasa rompakan bank yang dilakukannya.

Mungkin nama John agak lazim digunakan tetapi nama Martinez membuatkan penangkapannya lebih mudah apabila beliau meninggalkan tempat kejadian dengan sebuah kereta Honda yang didaftarkan atas namanya sendiri.

Semasa rompakan di bank Wells Fargo di Denver, Colorado, beliau hanya mengeluarkan arahan yang mudah dengan menyatakan, "Ini adalah satu rompakan, berikan saya wang,"

Hanya 5 jam selepas kejadian, Martinez telah dikesan di sebuah hotel di mana beliau menginap bersama dengan isterinya.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan bahawa dia mengaku melaukan jenayah itu dan menjelaskan bahawa dia dan isterinya telah diusir dari rumah mereka tiga hari sebelum itu dan telah menginap di hotel berkenaan sejak itu. 

Jelas sekali dia memang bukan perompak professional tetapi mungkin terpaksa melakukannya disebabkan oleh desakan hidup

No comments:

Post a Comment