expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

MOTO


Translate

23 July, 2014

ICEBERG MEMBENTUK RUPA BATMAN DI KANADA


Super hero Batman muncul di perairan Kanada? Benarkah kejadian ini? Ya, memang benar. Bruce Wayne dikesan bukan di Gotham City tetapi di Kepulauan Bay di Newfoundland apabila seketul iceberg kelihatan membentuk rupa watak Batman.

Gambar iceberg yang digelar Batberg ini telah dirakam oleh Mike Parsons yang telah memuat naikkan gambar ini di Facebook, di mana rata-rata pengguna yang melihat, menyamakannya dengan wira bertopeng tersebut.

Beliau telah memuat naik gambar ini di albumnya di facebook dengan tajuk ‘Growing up in Newfoundland’

Ukiran alam semula jadi ini kelihatan begitu sempurna dengan imej hidung runcing Batman dan telinga serta garisan rahang yang sangat jelas kelihatan.

Aneh, tapi inilah ciptaan tuhan yang semula jadi seperti diukir-ukir dan dibentuk sebegitu rupa walaupun hakikatnya ia hanya fenomena alam.

No comments:

Post a Comment