expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

23 July, 2014

MUNGKINKAH INI PELAYAN RESTORAN TERPANTAS DI DUNIA?




Adakah lelaki ini pelayan restoran terpantas di dunia? Lihat saja  gayanya bekerja. Dia dilihat mampu mengelap meja dan kerusi, membersihkan dan menyusun kerusi dan meja dalam meja tempoh 30 saat sahaja.

Seorang rakan yang pernah bekerja bersamanya mendedahkan bahawa dia berbangsa Bangladesh-Amerika dan yang hanya dipanggil Mian. Lelaki ini melakukan beberapa pekerjaan untuk menyara keluarga serta bapanya, yang berada di Bangladesh.

Lelaki yang memuat naik video ini, Josh Jordan bukanlah orang yang pertama yang perasan akan kepantasan lelaki itu, yang bekerja di restoran burger gourmet Red Robin di Pensacola, Florida.

Pada tahun 2012, seseorang telah memuat naik video pelayan ini yang menunjukkan kepantasannya bekerja namun ia tidak menjadi viral.

No comments:

Post a Comment