expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

23 July, 2014

TERSANGKUT ATAS BELAKANG IKAN PAUS KETIKA BERKAYAK




Berkayak mungkin satu pengalaman yang cukup menyeronokkan, namun mungkin ia bertukar menjadi pengalaman menakutkan sekiranya terserempak dengan ikan paus yg besar.

Inilah pengalaman yang diperolehi oleh satu pasangan apabila mereka tersangkut di atas mamalia laut gergasi itu. 

Dalam kejadian tersebut, pasangan berkenaan telah berkayak di kawasan pantai Puerto Madryn, selatan Argentina, apabila mereka ternampak sepasang ikan paus berenang berhampiran mereka. 

Walaupun sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa mendekati makhluk yang mampu melibas itu bukanlah satu idea yang baik, pasangan ini tanpa ragu-ragu memberanikan diri mendekati mamalia raksasa tersebut.

Tidak berapa lama kemudian, salah satu daripada ikan paus tersebut terus berpusing ke belakang dan menyebabkan wanita tersebut terangkat daripada air dan tersangkut di atas belakang ikan paus itu.

Walau bagaimanapun wanita itu tidak merasa gentar malah kelihatan menikmati saat indah ketika berada di atas belakang ikan paus tersebut untuk beberapa ketika.

No comments:

Post a Comment