expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 July, 2014

KINI PEMBAKAR ROTI PUN BER 'SELFIE'



Selfie pembakar roti telah kini telah dicipta dan ia merupakan ciptaan yang amat menakjubkan. Bagi golongan yang benar-benar tidak pernah puas dengan diri mereka kini mereka boleh makan muka sendiri setiap pagi dengan selfie pembakar roti.

Perkakas dapur yang direka khas oleh sebuah firma di Amerika Syarikat membolehkan anda untuk mendapatkan cetakan berbakar gambar sendiri di atas kepingan roti bakar.

Pengguna yang berminat hanya perlu menghantar selfie sendiri ke Vermont-based Burnt Impressions dan pembakar roti selfie peribadi ini akan diperolehi dalam masa masa seminggu.

Syarikat itu, yang juga terkenal dengan ciptaan seperti Jesus and Rapture toasters, berkata di laman webnya, "Produk kami memang baik, tetapi harus diingat, mustahil bagi kita mendapatkan rupa sebenar-benarnya dengan dengan haba dan roti bakar"

"Jika kami merasakan pembakar roti itu tidak langsung menghasilkan rupa anda, kami akan membatalkan [ pesanan dan membayar balik wang anda," kata jurucakap syarikat itu lagi.


No comments:

Post a Comment