expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 July, 2014

SAKSIKAN VIDEO ANJING MENYANYI SEPENUH HATI DENGAN IRINGAN PIANO


Seperti yang diketahui anjing sememangnya haiwan yang bijak dan bakat yang biasa kita dengar adalah seperti mengejar bola dan bermain dengan mengikut arahan.

Namun, seekor anjing telah cuba untuk membuat kelainan dengan menunjukkan kemahirannya bermain piano dan cuba menyanyi mengikut alunan irama yang dimainkan.

Anjing dari baka Basenji ini naik ke atas tempat duduk, menekan kekunci piano dan mula bersuara vokal dalam satu balada epik khusus untuk menyuarakan sesuatu yang mungkin tidak akan difahami manusia.

Adakah ini antara anjing masa depan yang begitu hebat menonjolkan bakatnya?

Dulu bakat Justin Bieber mula dikesan di YouTube, jadi sebaik sahaja seseorang menghantar klip ini kepada Usher,mungkin anjing ini juga bakal menjadi terkenal tidak lama lagi. Siapa tahu?

 

No comments:

Post a Comment