expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 July, 2014

WANITA DITANGKAP KERANA HASILKAN BARANGAN DARIPADA ACUAN KEMALUAN




Dewasa ini cetakan berbentuk 3D amat popular. Semua orang berlumba-lumba hendak membuat pelbagai acuan bagi menghasilkan karya 3D.

Namun di Jepun, seorang wanita telah ditangkap akibat karya 3D ini kerana dia didakwa mencetak acuan plastik kemaluannya dan menghasilkan karya seni yang sungguh aneh dengannya.

Bentuk kemaluan Megumi Igarashi, 42 dicetak dan dijadikan pelbagai item untuk dipasarkan. Antaranya adalah tempak letak telefon bimbit jenama  iPhone yang dicetak bentuk kemaluannya.

Polis di Jepun mengesahkan bahawa mereka telah menahan Megumi kerana disyaki menghasilkan produk dan mengedarkan barangan cetakan reka bentuk 3D kemaluan sendiri.

"Saya tidak tahu bagaimana rupa kemaluan saya. Saya tertanya-tanya jika apa yang saya miliki adalah pelik, sebab itulah saya membuat acuan seperti ini," kata Megumi.

Pada mulanya Megumi hanya membuat acuan daripada plaster. Dia kemudiannya cuba menghiaskan karyanya itu dan kemudian beralih ke cetakan 3D.
ANTARA ITEM DENGAN ACUAN KEMALUAN MEGUMI YANG DIPASARKANNYA
BEKAS PATUNG BUDDHA JUGA DICIPTA DENGAN ACUAN KEMALUAN

MEGUMI IGARASHI MAHU 'KEMALUANNYA' MENJELAJAH KE SELURUH DUNIA



No comments:

Post a Comment