expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 July, 2014

DITANGKAP KERANA TIKAM BUAH TEMBIKAI


Seorang lelaki Connecticut telah ditangkap selepas pasangannya memberitahu polis bahawa dia telah menikam buah tembikai sebagai simbol yang digambarkan sebagai  tindakan pasif agresif.

Carmine Cervellino, 49, telah ditangkap oleh pihak polis atas tuduhan kelakuan mengancam dan tidak senonoh selepas meninggalkan buah tembikai tersebut dengan pisau pemotong daging di atas meja dapur, yang dipercayai sebagai usaha untuk menakut-nakutkannya

Kes ini bermula apabila wanita itu, yang namanya tidak didedahkan, menemui ganja dan bekas pil di dalam 'toolbox' dan telah membuat laporan polis.

Apabila dia kembali rumah dia mendapati bahawa ganja tersebut telah hilang dari mana tempat dia menyembunyikannya dan pergi semula ke balai polis bersama gambar-gambar ganja yang telah diambilnya sebelum ini di telefon.

Apabila dia kembali untuk kali kedua, dia telah disambut oleh simbol ancaman buah tembikai yang ditikam dengan pisau. Cervellino dilaporkan berjalan dalam keadaan bersahaja dan mula memotong buah tersebut.

No comments:

Post a Comment