expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 July, 2014

LELAKI BUNUH DIRI DENGAN TERJUN DALAM UNGGUN API FESTIVAL



Polis di Utah kini sedang menyiasat kes seorang lelaki yang membunuh diri dengan melompat ke dalam unggun api setinggi 30 kaki (9 meter)  semasa festival  seni kebudayaan pada hujung minggu di kawasan gurun di barat Salt Lake City.

Lebih daripada 1,000 orang telah menyaksikan kejadian apabila seorang lelaki berlari melepasi tali keselamatan dan melompat ke dalam api yang disiapkan bagi acara Element 11, yang kemudiannya menjadi acara pembakaran manusia.

Festival sambutan itu diadakan setiap tahun di utara Nevada namun tahun ini ia bertukar menjadi tragis dengan kejadian tersebut.

Perayaan ini termasuk pembinaan model kayu gergasi, yang kemudiannya dibakar. Video yang diambil oleh penonton menunjukkan lelaki itu meluru ke dalam api, diikuti dengan jeritan penonton yang menyaksikan kejadian yang berlaku itu.

Grantsville Polis Leftenan Steve Barrett memberitahu akhbar Salt Lake Tribune bahawa rakan-rakan kepada lelaki yang berusia 30 tahun itu berkata beliau telah memberitahu tentang rancangannya untuk membunuh diri dalam patung yang terbakar seperti watak dari buku kanak-kanak, "Where the Wild Things Are".

Beliau berkata pegawai-pegawai keselamatan pada majlis itu, anggota bomba Grantsville, dan orang ramai yang menyaksikan tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghentikan lelaki itu dan menyelamatkannya.

Polis tidak memberi maklum balas atau komen terhadap tindakan itu. Penganjur acara akan menilai semula prosedur keselamatan selepas kejadian tersebut.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment