expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

MOTO


Translate

16 July, 2014

KEPALA PAIP PANCURAN MANDI BERUPA TEMAN WANITA


Adakah anda berasa sunyi setiap kali di bilik mandi? Mahukah anda mempunyai teman di bilik mandi setiap kali anda mandi?

Inilah yang dilakukan oleh seorang lelaki Jepun apabila dia membuat keputusan untuk menghilangkan kesunyian dan kebosanannya ketika mandi dengan mengubah kepala paip pancuran mandi di rumahnya kepada rupa teman wanitanya. 

Sama ada anda fikir ianya melucukan atau sangat menyeramkan, perbuatan aneh ini telah menjadikan Kiyuu Oikawa begitu mashyur apabila blog lelaki berusia 19 tahun ini menjadi paling popular di laman web media sosial terbesar di China, Sina Weibo. 

Sesiapa yang berminat untuk mengubahsuai kepala paip seperti yang dilakukannya, dia akan membantu dengan memberikan panduan langkah demi langkah berserta gambar. 

Walaupun blog beliau mungkin telah menerima begitu banyak kunjungan, namun komen mengenai penciptaannya ini tidak semuanya positif. 

Salah seorang pengguna media sosial menulis, 'Saya tidak akan menonton filem seram hari ini sebaliknya dengan hanya melihat perkara ini sudah cukup menyeramkan.' 

Seperti filem Psycho, hasil ciptaan sendiri ini mungkin mampu memberi keajaiban kepada jurujual peralatan mandi di China dan Jepun.

KEPALA PAIP INI KELIHATAN SEPERTI SEORANG GADIS YANG SEDANG MUNTAH


No comments:

Post a Comment