expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

14 July, 2014

PENYEBARAN VIDEO KOREA UTARA KE FINAL PIALA DUNIA 2014




Sebuah video palsu telah tersebar secara online di mana ia menunjukkan media yang dikawal oleh kerajaan Korea Utara memberitahu peminat bola sepak mereka bahawa pasukan kebangsaan mereka telah mara ke perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil.

Umum mengetahui bahwa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengawal aliran maklumat kepada semua rakyatnya di mana saluran televisyen mereka juga hanya melaporkan segala yang positif tentang negara berkenaan.

Rentetan daripada demam bola sepak dunia, sebuah video dengan penipuan terhebat disiarkan di YouTube, yang menunjukkan kononnya Korea Utara bakal beraksi di padang dalam perebutan pialan terunggul bola sepak dunia itu.

Ia merupakan pembohongan yang benar-benar dashyat kerana umum mengetahui pasukan itu tidak tersenarai langsung ke Piala Dunia.

Menurut laporan dalam video itu lagi, pasukan Korea Utara telah membelasah beberapa pasukan lain dengan teruk iaitu menundukkan Jepun 7-0, Amerika Syarikat 4-0 dan China 2-0 pada peringkat kumpulan sebelum mara ke perlawanan akhir menentang Portugal.

Antara  babak yang termasuk dalam liputan video tersebut adalah kemuncak perlawanan akhir, dengan pasukan mereka berjaya menjaringkan gol dan bersorak meraikannya. Pada hakikatnya, video tersebut kelihatan disunting daripada video lama.

Memang memusykilkan, lawak jenis apakah ini? Lebih menghairankan, bagaimana penipuan seumpama ini boleh berlaku? Takkan masyarakat mereka sejahil ini sehingga tidak tahu perkara yang diperkatakan satu dunia?

No comments:

Post a Comment