expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 July, 2014

LELAKI BELANDA 2 KALI TERLEPAS AJAL UBAH JADUAL PENERBANGAN MH370 DAN MH17


Berpantang maut sebelum ajal. Mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai bagi seorang lelaki dari Belanda yang bernama Maarten de Jonge apabila terlepas ajal sebanyak 2 kali.

Beliau yang juga merupakan seorang pelumba basikal telah berjaya mengelakkan ajal apabila dia mengubah 2 tiket penerbangannya bersama pesawat MH370 dan MH17 di saat-saat akhir.

Maarten de Jonge telah membuat tempahan tiket penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur tetapi dia menukar tarikh untuk berlepas. Hanya beberapa jam selepas itu, pesawat malang yang sepatutnya dinaiki beliau terhempas dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Dia kemudian membuat tweet di akaun twitter nya dalam bahasa Belanda yang berbunyi; Kalaulah saya berlepas hari ini, pastinya ... 'dan menambah pautan pada ceritanya itu.

Lelaki yang bertuah nyawa ini juga sebelum ini telah membuat pertukaran tiket bagi penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi. Dia yang sepatutnya menaiki penerbangan tersebut telah berlepas sejam lebih awal dengan pesawat lain.

Pelumba basikal profesional ini menulis di laman web beliau, "Secara jujurnya, saya sangat terharu dengan respon yang saya perolehi,"

"Saya gembira untuk diri sendiri dan keluarga saya kerana telah menukar tiket di saat akhir. Namun, cerita saya nyata bukanlah apa-apa berbanding dengan kesengsaraan di mana begitu ramai insan malang yang terlibat," katanya lagi

"Perhatian harus diberikan kepada mangsa-mangsa dan keluarga mereka. Semoga semua yang terlibat dengan nahas ini diberikan kekuatan menghadapinya," tambah Maarten lagi.
MAARTEN DE JONGE TERLEPAS AJAL SEBANYAK 2 KALI

No comments:

Post a Comment