expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 July, 2014

NOMBOR 1717 HABIS TERJUAL DI AGENSI NOMBOR RAMALAN



Nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 yang terhempas pada 17 Julai lalu sememangnya mengejutkan dan menyayat hati. 

Namun, di sebalik kedukaan masyarakat dunia umumnya, ada pula pihak yang cuba mengambil kesempatan dari tragedi malang yang menimpa pesawat itu. 

Dalam kehibaan banyak pihak, rupa-rupanya angka 1717 menjadi pertaruhan hebat di kedai-kedai dan agensi nombor ramalan.

Kedai -kedai yang menjual tiket loteri dan sindiket judi haram dilaporkan telah menjual habis nombor 1717 selepas penerbangan nahas MH17 itu. 
 
Malah, Da Ma Cai, Toto dan Magnum telah berhenti mengambil pertaruhan pada nombor 1717 dan 777 sejak hari Jumaat.

Seorang pekerja di sebuah kedai Magnum dipetik sebagai berkata; "Bukan kedai kami sahaja yang telah menolak nombor tersebut, kedai-kedai lain juga telah menolak permintaan orang ramai untuk membeli nombor yang sama,"

Lawatan oleh wartawan Reuters ke kedai Toto dan Magnum menunjukkan bahawa nombor 1717 telah habis terjual.

Kaki-kaki judi di Asia percaya bahawa nombor yang berkaitan dengan nasib buruk akan membawa tuah di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment