expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 July, 2014

GAMBAR MENYAYAT HATI BARANG-BARANG TINGGALAN PESAWAT MH17 YANG DITEMUI


Tanggal 17 Julai lalu mencatat sejarah berdarah yang menggemparkan dunia apabila sebuah pesawat milik Malaysia Airlines MH17 musnah selepas dipercayai terkena tembakan di ruang udara Ukraine. 

Sedih, sayu, hiba, pilu, terkilan dan pelbagai lagi perasaan yang sukar digambarkan oleh masyarakat dunia khususnya semua keluarga mangsa yang terlibat.

Pelbagai cerita, bermacam-macam andaian, ribuan tekaan dan spekulasi yang tak henti dibuat oleh banyak pihak berhubung tragedi malang ini yang telah meragut nyawa 298 penumpang dan anak kapal.

Ribuan gambar yang terpampang di media sebelum ini mungkin telah memberi gambaran lebih jelas pada kita tentang nahas yang benar-benar tidak diduga ini. 

Daripada ribuan gambar yang dikeluarkan, beberapa gambar barangan penumpang yang telah ditemui daripada bangkai pesawat ini jelas amat memilukan hati. Gambar-gambar ini pastinya menyimpan seribu satu kisah dan episod setiap penumpang yang menjadi korban. 

Kami mohon maaf andainya paparan gambar-gambar ini ada yang menyentuh hati mana-mana pihak. Sekadar berkongsi cerita dan kisah duka di sebalik tragedi MH17.

BUKU PANDUAN MELANCONG, NOVEL, UBAT GIGI DAN DEODORAN 
WANG EURO, KAD POKER, KOMIK DAN LUKISAN KANAK-KANAK
KACA MATA, TUALA DAN ANAK PATUNG
T-SHIRT DAN BEG TANGAN
BUKU PANDUAN DAN PETA MELANCONG, SAMPUL SURAT DAN HEADPHONE
BARANG KEPERLUAN DALAM PESAWAT; JAKET KESELAMATAN, BANTAL DAN DISK DATA
SEBUAH BASIKAL YANG TURUT DIBAWA DALAM PESAWAT
PERMAINAN KANAK-KANAK DAN JAKET KESELAMATAN

No comments:

Post a Comment