expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 July, 2014

BUDAK 9 TAHUN KAHWINI WANITA 62 TAHUN SECARA RASMI


Seorang budak lelaki berusia 9 tahun yang menjadi berita sensasi kerana berkahwin dengan seorang wanita berusia 62 tahun pada tahun lepas, telah mengahwini wanita itu sekali lagi secara rasmi.

Dalam majlis perkahwinan penuh kontroversi itu, kanak-kanak tersebut, Saneie Masilela telah mencium pasangannya, Helen Shabangu sama seperti pengantin lelaki lain dalam majlis perkahwinan biasa. Majlis perkahwinan 'pura-pura' tersebut telah berlangsung di rumah Helen di Mpumalanga, Afrika Selatan.

Keluarga kanak-kanak itu Helen yang sudah berkahwin, telah dikritik hebat selepas perkahwinan mereka tahun lepas tetapi kedua-duanya tidak menunjukkan penyesalan.

"Saya tidak mempunyai masalah dengan itu kerana saya tahu ia adalah apa yang permintaan daripada nenek moyang kami dan ia akan menjadikan mereka gembira, ' kata ibu Saneie, Patience Masilela, 47.

Bagi melenyapkan kontroversi, Helen pula mengatakan bahawa perkahwinan itu hanya sekadar majlis ritual dan kedua-dua mereka hanyalah berkahwin secara 'main-main'

Namun begitu,Saneie seolah-olah lebih serius tentang segala-galanya dan berkata dia berkahwin dengan ibu kepada 5 orang anak itu kerana sangat menyayanginya.

Walau bagaimanapun, Saneie memberitahu bahawa dia merancang untuk berkahwin dengan seorang wanita yang sebaya dengannya setelah dewasa nanti
JANGGAL; HELEN DAN SUAMINYA YANG SEBENAR, ALFRED SHABANGU
SANEIE AMAT MENYAYANGI HELEN



No comments:

Post a Comment