expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 July, 2014

MAYAT TERGANTUNG DISANGKA PATUNG, DIBUANG KE TEMPAT SAMPAH



Dua lelaki Florida yang diupah untuk membersihkan sebuah rumah kosong telah tersalah anggap apabila menyangka satu mayat tergantung sebagai patung yang dibuat untuk tipu helah Halloween. Mereka membawa mayat itu ke tapak pembuangan sampah.

Israel Lopez, 50, dan Adam Hines, 30, memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka mengemas rumah di Spring Hill itu atas permintaan tuan rumah apabila mereka menemui mayat yang tergantung dalam garaj di rumah itu.

Mereka yang menyangka mayat itu sebagai patung terus memotong tali yang menggantungnya sebelum menyeret mayat itu ke tapak pembuangan sampah. Seorang pekerja pekerja di tapak pembuangan sampah itu menyedari bahawa ia adalah mayat dan kemudiannya memanggil polis.

"Kedua-dua pekerja pembersihan itu dan pemilik rumah menyangka bahawa mayat itu adalah patung yang benar-benar kelihatan hidup untuk Halloween dan ianya tidak lagi dingini lalu ditinggalkan oleh bekas penyewa," kata pejabat Sheriff daerah Hernando dalam satu kenyataan.

"Mereka memotong tali dan menurunkan 'patung' itu ke bawah dan ia diletakkan di atas longgokan sampah di belakang trak dan mereka terus menuju ke tapak pelupusan,"

Mayat yang tergantung itu telah dikenal pasti sebagai bekas penyewa rumah itu iaitu Jeremy Witsoth yang berusia 33 tahun.

Pegawai Sheriff daerah Hernando berkata bahawa lelaki dipercayai membunuh diri di rumah tersebut beberapa minggu yang lalu dan mayat tersebut telah mengalami penguraian sama seperti mumia.

JEREMY WITSOTH DIPERCAYAI MEMBUNUH DIRI
MAYAT JEREMY DITEMUI TERGANTUNG DALAM GARAJ INI






No comments:

Post a Comment