expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

19 July, 2014

KALAU KAHWIN ADA KEK, KINI BERCERAI PUN ADA KEK JUGA!


Pasti anda masih terkenang saat indah ketika perkahwinan anda. Antara yang paling manis semasa majlis perkahwinan pastinya acara memotong kek.

Kini di London kek bukan hanya direka untuk meraikan majlis perkahwinan tetapi juga untuk perceraian.
Mengikut Pejabat Statistik Kebangsaan Britain, 48 peratus daripada perkahwinan akan berakhir dengan perceraian. 

Mungkin kekerapan kes perceraian dalam kalangan masyarakat di sana menyebabkab mereka menyambutnya agar masyarakat sekeliling mengetahui tentang perceraian tersebut. 

Sudah pasti sesuatu sambutan tidak lengkap tanpa kek. Mungkin disebabkan faktor inilah, kedai kek dan roti di Britain menerima peningkatan tempahan kek perceraian.

Biasanya rekaan dan hiasan kek perceraian lebih kepada gambaran balas dendam secara halus. Berikut merupakan antara hiasan kek yang penuh tragis dan mengerikan.

Pelik tapi benar-benar dilakukan segelintir manusia!










No comments:

Post a Comment