expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

19 July, 2014

MH17: RAKAMAN PERBUALAN PEMBERONTAK PRO RUSIA YANG TERTEMBAK PESAWAT




Pelbagai teori dan spekulasi yang dibuat berkenaan tragedi pesawat MH17. Semakin banyak yang cuba didedahkan oleh pihak media dan kini bukti yang terlihat menyebabkan semakin banyak pihak yang menuding jari menyalahkan pemberontak Pro-Rusia di Timur Ukraine atas melapetaka itu.

Sebuah video yang belum disahkan ini didakwa megandungi rakaman pelbagai perbualan telefon antara pemimpin pemberontak dan penyokong Rusia mereka selepas mereka dikatakan mengetahui bahawa tembakan yang disasarkan terkena pesawat awam .

Dalam rakaman perbualan tersebut, pemimpin pemberontak didengar bertanya sama ada sebarang senjata ditemui pada bangkai pesawat dan mereka amat terkejut dengan penemuan pasport pelajar Indonesia di dalam bangkai pesawat tersebut.

Rakaman dikeluarkan oleh pihak Perkhidmatan Keselamatan Ukraine yang mendakwa ia megandungi perbualan yang melibatkan seorang pejuang pemberontak bernama Bes, Kolonel Rusia, Vasyl Mykolaiovych Geranin dan pemimpin tentera Cossack, Mykola Kozitsyn.

No comments:

Post a Comment