expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

19 July, 2014

RUANG UDARA TIMUR UKRAINE SUNYI SEPI

RUANG UDARA TIMUR UKRAINE
LALUAN UDARA TIMUR UKRAINE KELIHATAN LENGANG
Langit di timur Ukraine kini kelihatan begitu sunyi kerana semua juruterbang telah diarahkan untuk mengelakkan kawasan yang dibimbangi boleh mengancam keselamatan orang ramai.

Laluan pesawat komersil telah dialihkan untuk mengelakkan timur Ukraine terutamanya kawasan sekitar Crimea dan Donetsk, di mana kapal terbang Malaysia Airlines, MH17 dilaporkan ditembak jatuh.

Data masa penerbangan dari FlightRadar24 hari ini menunjukkan ketiadaan lengkap trafik udara seluruh rantau ini sejak penerbangan MH17 terhempas berhampiran sempadan Rusia pada 2 hari lepas yang telah mengorbankan nyawa semua penumpang dalam pesawat.

Menurut European Cockpit Association, ruang udara timur Ukraine adalah salah satu laluan yang paling kerap digunakan bagi penerbangan antara Asia dan Eropah - tetapi ia kini hampir kosong daripada semua trafik udara.

Peta secara langsung menunjukkan laluan sesak begi pesawat yang telah dialihkan menyeberangi Rusia dan Turki di sempadan dengan Ukraine.

Syarikat Penerbangan Emirates, yang telah menangguhkan semua penerbangan ke Kiev juga telah mengesahkan bahawa penerbangan EK171 dari Dubai ke Kiev telah pulang ke Dubai atas faktor keselamatan selepas menerima laporan terkini mengenai penerbangan Malaysia MH17.

BBC melaporkan bahawa Menteri Pengangkutan Perancis, Frederic Cuvillier mengarahkan syarikat penerbangan Perancis untuk mengelakkan ruang udara Ukraine selagi punca malapetaka ini tidak diketahui.

PENERBANGAN DIALIHKAN MELALUI RUSIA DAN TURKI



BANGKAI PESAWAT MH17 YANG DITEMBAK KETIKA MELALUI RUANG UDARA UKRAINE



No comments:

Post a Comment