expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

19 July, 2014

MENAKJUBKAN; VIDEO 4 EKOR ULAR TEDUNG MENJADI PENJAGA BAYI




Umum mengetahui bahawa ular tedung sela atau 'king cobra' sangat berbisa di mana satu patukannya boleh membunuh seekor gajah.

Ular jenis ini memang sangat panjang dan ia mampu berdiri dengan badannya sepanjang 18 kaki serta akan merenung tepat ke mata apabila berhadapan dengan manusia. Jelasnya, reptilia ini amat ditakuti manusia.

Namun, dalam 1 rakaman video yang menakjubkan, ular ni kelihatan begitu hampir dengan manusia apabila seorang bayi kelihatan dijaga oleh bukan seekor tetapi 4 ekor king cobra. Amat sukar dipercayai!

Dalam video ini, reptilia tersebut kelihatan menjaga setiap penjuru tempat tidur bayi itu sambil berdiri dengan badan mereka seperti aksi pertahanan diri yang sering dilakukan apabila merasa terancam.

Tiada maklumat terperinci tentang lokasi video itu dirakamkan mahupun mengapa bayi tersebut ditinggalkan bersama ular-ular berkenaan.

Ramai yang membuat kesimpulan bahawa disebabkan king cobra adalah satu-satunya spesis ular di dunia yang membuat sarang dan menjaga telurnya, reptilia ini melindungi bayi tersebut kerana naluri yang ada padanya untuk melindungi anak kecil.

Namun ada juga yang mendakwa ular-ular dalam video tersebut berkemungkinan telah dibuang bisa atau ditutup mulut sebagai paparan aksi lagak ngeri penjinak ular.

Video ini telah dirakamkan pada tahun 2013, tetapi telah mendapat perhatian semula baru-baru ini daripada pihak media.

RAMAI YANG TERTANYA-TANYA MENGAPA ULAR-ULAR INI MENJAGA BAYI TERSEBUT

No comments:

Post a Comment