expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

18 July, 2014

PESAWAT MH17: GURAUAN PENUMPANG DI FACEBOOK TENTANG KEHILANGAN PESAWAT JADI KENYATAAN


Seorang lelaki Belanda yang bergurau di Facebook tentang penerbangan Malaysia Airlines yang akan dinaikinya akan hilang kini dikhuatiri terbunuh selepas kemalangan tragis pesawat itu di Ukraine.

Penumpang tersebut yang namanya tidak didedahkan, menyiarkan gambar pesawat MH17 dengan kapsyen dalam bahasa Belanda yang berbunyi: 'Seandainya kami hilang, beginilah rupa pesawat yang kami naiki.'

Status dan gambar itu dimuat naik sebagai jenaka yang merujuk pada satu lagi penerbangan Malaysia Airlines, MH370, yang hilang dengan 239 penumpang dan anak kapal di atas kapal pada 8 Mac lalu. 

Hanya 7 jam selepas gambar tersebut dimuat naik olehnya, tersebar berita bahawa pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di timur Ukraine dan, berdasarkan masa muat naik di Facebook beliau, penumpang Belanda tersebut juga dikhuatiri berada di dalam pesawat.

Komen-komen yang menyayat hati telah diberikan terhadap status itu di mana keluarga dan kawan-kawannya menyuarakan rasa sedih atas kejadian yang berlaku.

Menurut ITV News, 9 rakyat British dan juga 23 warga Amerika telah terkorban dalam kemalangan yang disifatkan oleh presiden Ukraine, Petro Poroshenko sebagai 'tindakan pengganas'

"Pesawat yang perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur baru sahaja ditembak jatuh oleh sistem anti-pesawat BUK," demikian kenyataan pegawai dalaman Ukraine, Anton Gerashchenko..

No comments:

Post a Comment