expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

18 July, 2014

PESAWAT MH17 SAH DITEMBAK



Pesawat Malaysia Airlines, MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 295 penumpang sah telah ditembak jatuh semasa terbang melalui ruang udara Ukraine. Perkara ini telah disahkan oleh seorang menteri kerajaan .

Menteri Dalam Negeri Ukraine itu, Anton Gerashenko berkata penerbangan MH17 telah terbang pada ketinggian 10,000 m apabila ia 'terkena peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah pelancar Buk' - satu sistem peluru berpandu jarak sederhana ke udara yang direka oleh pertahanan Rusia .

Syarikat penerbangan MAS telah mengesahkan ia terputus hubungan dengan kapal terbang di Ukraine, tetapi masih belum memberikan apa-apa maklumat lanjut. Satu lagi yang tidak diketahui ialah sama ada terdapat apa-apa yang terselamat.

Pelbagai video telah pun siarkan di YouTube yang mengaku menunjukkan asap yang tinggi dan berkepul-kepul daripada jet penumpang Boeing 777 yang terhempas itu.

Sumber Ukraine ketika mengulas mengenai kejadian itu berkata bahawa pemberontak Rusia di timur Ukraine bertanggungjawab atas kejadian tembakan itu.

Nahas ini terjadi hanya empat bulan daripada kehilangan satu lagi pesawat Malaysia Airlines, pesawat MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan sehingga kini masih menjadi misteri apabila gagal dikesan.


No comments:

Post a Comment