expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

18 July, 2014

PM TERKEJUT BERITA MH17


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menzahirkan perasaan terkejut beliau terhadap perkhabaran yang baru diterima mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.

Perdana Menteri menerusi twit terbaru di akaun rasmi Twitternya berkata: “Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas. Kita sedang lakukan siasatan dengan segera.”

Dipercayai kesemua 295 penumpang dan anak kapal pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai maut.

Ketika berita ini ditulis, Najib sudah dalam perjalan menuju ke bilik operasi MAS di KLIA.






No comments:

Post a Comment