expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

23 July, 2014

LELAKI BERKELUARGA DIKESAN MEMPUNYAI OVARI DAN UTERUS


Seorang lelaki berkeluarga yang berjumpa doktor dan mengadu mengalami kekejangan perut didapati mempunyai alat kelamin wanita dan sebenarnya mengalami sindrom haid.

Lelaki yang dikenali sebagai Chen itu menemui doktor di China selepas mengadu sakit dalam perut dan berdarah dalam air kencing. Selain itu dia berasa sangat lesu dan mengalami bengkak di kaki dan mukanya.

Di hospital, beliau telah menjalani imbasan CT, dan ianya amat mengejutkan apabila Chen dilihat mempunyai ovari dan uterus. 

Doktor yang keliru dengan keadaan itu telah menjalankan pemeriksaan kromosom, dan mendapati bahawa Chen mempunyai sepasang kromosom seks XX, yang bermaksud bahawa secara genetiknya dia adalah seorang perempuan.

Pengarah Hospital di Yongkang berkata: 'Dia memakai pakaian lelaki dengan rambut pendek kami tidak pernah terfikir bahawa dia sebenarnya adalah seorang wanita.

Pemeriksaan terhadapnya disahihkan lagi apabila doktor mendapati lelaki itu tidak mempunyai halkum mahupun kemaluan lelaki.

Chen mendakwa bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan isterinya, namun para doktor di situ meragui kenyataannya itu.

No comments:

Post a Comment