expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 July, 2014

PERCAYA ATAU TIDAK, GAUN DIPERBUAT DARIPADA KONDOM


Mungkin sebelum ini anda pernah melihat gaun perempuan yang dibuat daripada kertas atau tisu tandas. Jika ia sudah kedengaran cukup ganjil bagi anda, bagaimana pula dengan gaun daripada kondom? Ya, kondom!

Bukan gurauan namun itulah yang dihasilkan oleh seorang artis dan aktivis sosial, Adriana Bertini yang melancarkan pelbagai rekaan gaun barunya yang dibuat sepenuhnya daripada kondom terpakai.

Ia dipamerkan pada Persidangan Antarabangsa AIDS di Melbourne sebagai kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang perlakuan seks secara selamat.

Semua rekaan yang berasal dari Brazil ini bukan hanya setakat cakap kosong, tetapi ada di antaranya yang telah diperagakan dalam pertunjukan fesyen.

Koleksi Kondom Couture Adriana ini merupakan ciptaan yang mengagumkan dengan memberi perhatian yang luar biasa serta terperinci pada kepelbagaian corak motif yang dihasilkan sepenuhnya daripada kondom yang tidak digunakan lagi atau telah rosak.

Hasil kerja tangan Adriana yang sungguh kreatif ini mempunyai matlamat yang luas iaitu untuk mempromosikan penggunaan kondom melalui cara seni bagi mewujudkan satu bentuk baru pemikiran masyarakat supaya mereka menyedari realiti risiko HIV.

Adriana juga mengendalikan bengkel di mana dia mengajar pelajar bagaimana untuk memotong, mewarna dan menjahit kondom menjadi pakaian yang boleh dipakai.
ADRIANA DAN REKAAN GAUN KONDOMNYA

GAUN KONDOM INI TURUT DIPERAGAKAN DALAM PERTUNJUKAN FESYEN

No comments:

Post a Comment