expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 July, 2014

KECACATAN PUNCA 5 BERADIK BERJALAN MERANGKAK




Keluarga yang mempunyai adik-beradik yang berjalan merangkak telah disahkan oleh para saintis sebagai satu kecacatan dan bukannya contoh evolusi berpatah balik.

Ahli-ahli sebuah keluarga di Turki yang mengalami kecacatan yang luar biasa itu tidak mempunyai keseimbangan badan untuk berdiri lurus dan terpaksa berjalan dengan menggunakan kedua-dua kaki dan tangan.

Kisah 5 daripada 19 beradik dalam keluarga Ulas dari wilayah Hatay ini mula didedahkan pada tahun 2005 dan pada mulanya ia dianggap sebagai satu contoh ‘reverse evolution’ atau 'evolusi berpatah balik iaitu mereka telah kembali ke bentuk manusia primitif dahulu.

Tetapi kajian baru-baru ini oleh saintis Amerika telah membuat kesimpulan bahawa cara pergerakan mereka yang luar biasa itu adalah adaptasi kepada gangguan yang jarang berlaku disebabkan oleh imbangan dan kestabilan tubuh yang lemah.

"Saya bertekad untuk mengkaji kejadian ini kerana terlalu banyak dakwaan yang dibuat mengenai sifat dan punca keadaan mereka itu tanpa sebarang analisis sebenar dari sudut biomekanik yang merangkumi gaya berjalan mereka dan dibuat pula oleh penyelidik yang tidak pakar dalam pergerakan primat," kata ketua penyelidik, Liza Shapiro dari University of Texas.

Lima beradik daripada Turki ini telah berjalan merangkak sejak lahir dan berjuang untuk hidup dalam dunia moden masa kini.

Tiga adik-beradik wanita daripada mereka banyak menghabiskan masa mereka mengait di luar rumah, dan salah seorang daripada adik-beradik yang lelaki lebih sukakan cabaran di mana dia sering ke sebuah kampung berdekatan untuk berinteraksi dengan penduduk di situ.


No comments:

Post a Comment