expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 July, 2014

232 BATANG GIGI BERJAYA DIKELUARKAN DARIPADA MULUT REMAJA



Para doktor di India percaya bahawa rekod dunia mungkin telah dipecahkan selepas mereka mengeluarkan 232 batang gigi dari mulut seorang remaja.

Ashik Gavai, 17, mendapatkan bantuan daripada doktor di Mumbai apabila dia mula mengalami bengkak di sebelah kiri rahangnya.

Selepas dirujukkan ke hospital JJ di bandar Mumbai, dia telah disahkan menghidap 'complex odontoma', demikian menurut ketua pergigian Sunanda Dhivare-Palwankar.

Dia dipetik sebagai berkata, "Kami melakukan pembedahan pada hari Isnin dan kami mengambil masa hampir tujuh jam,"

"Kami fikir ia mungkin pembedahan yang mudah tetapi sebaik sahaja kami menelitinya, terdapat beberapa gigi seperti mutiara yang berada di dalam tulang rahang," katanya lagi

Apabila pakar bedah pergigian membuka mulut remaja berkenaan, mereka mendapati struktur seperti marmar yang lebih besar dan mereka terpaksa memahatnya keluar.

Rekod perubatan menunjukkan yang paling paling banyak dikeluarkan daripada seseorang yang mengalami odontoma kompleks sebelum ini sebanyak 37 batang.

Walaupun begitu banyak gigi dikeluarkan dari mulutnya, tulang rahang Ashik tidak rosak dan dijangka sembuh tanpa sebarang kecacatan.

Bercakap kepada akhbar Mumbai Mirror, bapa Ashik, Suresh Gavai berkata beliau bimbang anaknya mungkin mempunyai tumor di wajahnya.

"Saya bimbang ia boleh bertukar menjadi kanser, jadi saya membawanya ke Mumbai," kata Suresh

No comments:

Post a Comment