expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 July, 2014

LEBIH 600 ORANG PENDUDUK TERBUNUH DI GAZA



Serangan Israel ke atas Gaza yang masuk hari ke-16 semalam mencatatkan kematian kepada 639 penduduk Palestin berbanding 31 orang di pihak rejim Zionis.

Sehingga semalam, belum ada tanda-tanda pergerakan Hamas dan tentera Israel akan menamatkan pertempuran, walaupun terdapat usaha-usaha diplomatik untuk memujuk mereka melaksanakan gencatan senjata.

Perkhidmatan kecemasan Palestin berkata, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh pada awal semalam ketika berlangsung di selatan bandar Khan Yunis, manakala 20 orang lagi cedera dan kebanyakan mereka parah.

Dua lagi yang terbunuh selepas Israel membedil kawasan utara di Semenanjung Gaza. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon merayu supaya kedua-dua pihak berhenti bertempur sebaliknya memulakan rundingan.

Bagaimanapun, Israel menegaskan, pihaknya akan terus melakukan serangan udara dan darat sehingga berjaya memusnahkan terowong-terowong para pejuang Gaza yang merentasi sempadan.

Sebuah roket yang dilancarkan para pejuang Gaza hampir mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv menyebabkan Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat melarang sebarangan penerbangan dari dan ke lapangan terbang itu sekurang-kurangnya bagi tempoh 24 jam.

Dalam pada itu, Kesatuan Eropah pula menasihatkan semua pesawat penerbangan supaya menjauhi Tel Aviv sehingga pemberitahuan selanjutnya dikeluarkan.

Larangan itu ekoran pesawat Penerbangan Malaysia yang MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu di tengah-tengah konflik di timur Ukraine, sekali gus meningkatkan kepekaan terhadap keselamatan penerbangan di kawasan peperangan.

Langkah itu merupakan yang pertama kali dibuat sejak Perang Teluk meletus pada tahun 1990-1990.

No comments:

Post a Comment