expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 July, 2014

PEMINAT FANATIK 'THE SIMPSONS' CATAT REKOD DUNIA DENGAN TATU LENGAN MENAKJUBKAN


Kartun lazimnya diketahui umum menjadi kegemaran dan minat kanak-kanak. Namun, ada juga orang dewasa yang amat meminati kartun dan mengabadikan watak kartun kegemaran mereka dengan cara tersendiri. 

Kerana obses dengan kartun 'The Simpsons', seorang lelaki telah mencacah seluruh lengannya dengan tatu watak 'Homer' dari siri kartun itu. 

Untuk lengannya yang dipenuhi imej Homer, lelaki tersebut telah dianugerahkan dengan rekod dunia yang baru berprestij untuk 'tatu paling banyak di badan dengan watak kartun yang sama'

Lee Weir, 27, dari Auckland, New Zealand, mempunyai pelbagai jelmaan watak Homer Simpson yang pada pada tatu di lengan kirinya.

Peminat Simpsons dapat melihat Homer di dunia coklat, Homer donut, Mr Sparkle, Ganesh Homer, Homer Guy Incognito dan banyak lagi gambaran watak ini di lengan Lee.

Mungkin kerana ketaksuban dan minat yang mendalam, Lee memutuskan untuk megabadikan watak Homer dalam pelbagai bentuk yang terukir selama-lamanya di bawah kulit beliau dan akhirnya meletakkan namanya dalam buku rekod teragung di dunia yang menjadi impian semua insan.

Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi sebab Lee menjadi begitu obses dengan Simpsons. Dia menceritakan bahawa bapanya tidak pernah membenarkan dia menonton rancangan itu semasa kecil kerana dianggap kurang sesuai

Nampaknya dia kini telah berjaya menebus segala apa yang dia terlepas sewaktu kecil dulu.

No comments:

Post a Comment