expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 July, 2014

WANG KERTAS RUSIA MENGANDUNGI IMEJ LUCAH


Pernahkah anda melihat wang Rusia? Kini, salah satu wang kertas Rusia itu didakwa mengandungi imej lucah apabila seorang ahli parlimen Rusia telah menyeru agar wang kertas itu digantikan kerana ia memaparkan imej pornografi. 

Roman Khudyakov, seorang penggubal undang-undang dari Parti Liberal Demokratik telah menyuarakan kebimbangan bahawa imej  tersebut boleh merosakkan kanak-kanak. 

Wang kertas 100 Ruble itu yang bernilai kira-kira RM9.36, mengandungi imej Tuhan Greek, Apollo yang menunggang kereta kuda dalam keadaan bogel. 

Ketaksuban terhadap patung Tuhan Greek itu juga telah diabadikan pada satu replika patung di luar Teater Bolshoi di Moscow. Walau bagaimanapun, replika ini telah diubahsuai baru-baru ini  dan alat kelamin patung tersebut telah ditutupi dengan sehelai daun fig. 

Dalam surat kepada Bank Negara Rusia, Khudyakov menyatakan bahawa beliau mula berasa bimbang tentang imej pada wang kertas itu apabila kanak-kanak sekolah ketawa melihatnya. 

Bercakap kepada AFP, Khudyakov berkata, "Saya sedang menunggu anak saya di luar sekolah selepas peperiksaan dan dua orang murid yang berumur kira-kira 10 tahun memandang wang kertas 100 Ruble dan mereka sama-sama ketawa melihatnya,"

Beliau berkata wang kertas itu memaparkan bahagian alat sulit yang tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil dan harus didatangkan dengan pelekat amaran bagi 18 tahun ke atas. 

Khudyakov juga telah mencadangkan imej alternatif bagi wang kertas tersebut iaitu gambar pelabuhan Laut Hitam Sevastopol di Crimea, yang diambil Rusia secara rasmi dari Ukraine pada Mac 2014. 


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment