expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 August, 2014

BUDAK LELAKI DENGAN TANGAN GERGASI




Ini bukan ilusi, suntingan gambar atau diedit menggunakan Photoshop, tetapi ini merupakan gambar kanak-kanak yang benar-benar wujud dengan tangan bersaiz gergasi.

Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun ini telah mengalami penderitaan berpanjangan hingga tidak lagi ke sekolah kerana tangan raksasa yang dimilikinya kini bersaiz lebih besar daripada kepalanya.

Kanak-kanak malang itu yang bernama Kaleem kini tidak mampu melakukan walaupun perkara-perkara asas termasuklah mengikat tali kasut dan makan sendiri. Ini kerana saiz tangannya yang semakin membesar secara luar biasa sebanyak 13 inci dari hujung jari tengah kepada tapak tangannya.

Tangan gergasinya itu kini menjadi seberat 8 kilogram setiap satu (1.2 batu) dan dia telah dibuli dengan teruk sehingga dia takut akan dipukul lagi jika dia kembali ke sekolah.

Kaleem, yang tinggal di India dengan ibu bapanya, berkata: "Saya tidak ke sekolah kerana cikgu memberitahu bahawa kanak-kanak lain takut dengan tangan saya,"

"Ramai daripada mereka membuli saya kerana kecacatan saya ini. Mereka akan berkata 'mari kita pukul budak tangan besar itu' Sebahagian daripada mereka benar-benar memukul dan selalu mencari saya," kata Kaleem.

"Saya mengalami kesukaran untuk mengenakan pakaian, membutang baju dan menarik seluar saya," tambahnya lagi

Ibu bapanya telah cuba mendapatkan bantuan untuk anak lelaki mereka yang sememangnya dilahirkan dengan tangan yang lebih besar sedikit daripada biasa, tetapi telah mengalami kesukaran kerana mereka hanya memperoleh sebanyak RM78.90 menerusi pendapatan bapanya, Shamim yang bekerja sebagai buruh.

Ibunya Haleema, 27 memeberitahu bahawa semasa Kaleem dilahirkan saiz tangannya adalah dua kali ganda saiz bayi normal.

"Tangannya menjadi besar dan jari-jarinya juga panjang. Pada mulanya saiz tanganya kecil tetapi ia mula membesar dan jarinya juga terus memanjang," kata Haleema

"Kami ingin membawanya ke hospital tetapi kami tidak mempunyai wang yang mencukupi dan adakalanya saya terpaksa mengemis," katanya lagi.

SAIZ TANGAN KALEEM ADALAH BEBERAPA KALI GANDA SAIZ TANGAN KANAK-KANAK NORMAL
SAIZ TANGANNYA ITU TURUT MENYUKARKAN SEGALA AKTIVITI HARIAN
KALEEM SERING DIBULI KANAK-KANAK LAIN AKIBAT KECACATANNYA
KALEEM TETAP BERUSAHA MELAKUKAN RUTIN HARIANNYA WALAUPUN SUKAR




No comments:

Post a Comment