expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 August, 2014

JENAZAH CO-PILOT MH17 CUKUP SIFAT


ALLAHYARHAM AHMAD HAKIMI HANAPI, PEMBANTU JURUTERBANG PESAWAT MH17
Tanggal 22 Ogos 2014 telah diisytiharkan sebagai hari berkabung bagi seluruh negara sebangai menghormati ketibaan jenazah mangsa-mangsa pesawat MH17.  Namun begitu, atas faktor tertentu keluarga mangsa idak dapat menatap wajah insan yang disayangi mereka.

Antara jenazah yang bakal dibawa pulang adalah jenazah pembantu juruterbang pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Hakimi Hanapi, 29. 

Bagi ibunya, Noriah Daud, 57, walaupun tidak dapat menatap wajah anaknya buat kali terakhir, ibu pembantu juruterbang pesawat itu tetap lega apabila dimaklumkan jasad anaknya cukup sifat.

Noriah dilaporkan terharu dan mengucap syukur sebaik mendengar ayat ‘anak awak cukup sifat’ oleh petugas yang mengurus jenazah mangsa MH17.

Perkara itu dimaklumkan Noriah kepada ibunya Zaleha Bawal Khan, 73, yang memberitahu semua urusan memandi dan mengkafankan jenazah cucunya berjalan baik.

“Dia memberitahu ayat pertama diberitahu petugas kepada mereka di Amsterdam Ahmad Hakimi cukup sifat. Kami bersyukur mendengarnya.

“Cuma dia ada memberitahu tidak sempat menatap wajah arwah kerana sudah dikafankan, namun tidak terkilan kerana bimbang jika melihat jasad anaknya, dia akan menjadi lebih sedih,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.

No comments:

Post a Comment