expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 August, 2014

CARA MELAMAR PALING TERUK!

 

Mungkin ramai individu yang cuba menjadikan lamaran perkahwinana sebagai saat paling indah dan romantis untuk dikenang sepanjang hayat. Namun, satu cara melamar paling teruk telah ditemui di London.
Empat perkataan keramat ‘Will you marry me?’(Sudikah awak berkahwin dengan saya?) Telah dijumpai tertulis di sebuah dinding sementara berhampiran tapak bangunan.

Imej ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook di London. Apa yang aneh tentang lamaran itu adalah sambungan kepada perkataan yang tertulis itu.
 
Dalam kurungan pada akhir lamaran, terdapat tulisan kecil 'I need a Europen passport' (Saya perlukan passport Eropah) yang mana ia menjelaskan bahawa lamaran ini sangat tidak ikhlas atau lebih tepat lagi hanya untuk perkahwinan palsu bagi si pelamar memperoleh faedah daripadanya.

Kalau inilah cara melamar, mungkin inilah lamaran paling teruk di dunia.Sudahlah terang-terangan ianya perbuatan vandalisme, dibuat pula dengan cara tidak romantis berhampiran tapak bangunan dan dengan jelas memberitahu niat sebenar si pelamar.

Jika ini benar-benar satu lamaran, walaupun kelihatan agak teruk, namun sekurang-kurangnya orang yang melamar sangat jujur dan berkata benar.


No comments:

Post a Comment