expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 August, 2014

GAJAH YANG KEGATALAN JADIKAN KERETA POLO TEMPAT BERGARU



Umumnya manusia akan bergaru apabila merasa gata. Selain menggunakan tangan untuk bergaru, kadangkala ada juga individu yang menggunakan alat penggaru untuk menghilangkan kegatalan.

Namun, dapatkah anda bayangkan apa yang akan dilakukan oleh seekor gajah apabila merasa gatal? Apa yang akan dilakukan oleh haiwan sebesar itu untuk melegakan kegatalan?

Bagi seekor gajah yang kegatalan, kereta menjadi pilihannya untuk bergaru. Dalam kejadian di Taman Negara Pilanesberg, Afrika Selatan, gajah ini telah memilih sebuah kereta untuk menggaru belakang dan perutnya yang gatal.

Akibatnya, sebuah kereta VW Polo mengalami calar teruk ketika gajah tersebut menjadikannya tempat untuk bergaru.

Bukan itu sahaja, usaha bergaru gajah tersebut juga telah mengakibatkan dua individu yang di dalam kereta tersebut ketakutan kerana terperangkap di dalam kereta ketika itu, namun mereka berdua bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Gajah itu juga berkemungkinan sedang dalam musim untuk mengawan di mana paras testosteron haiwan itu sedang meningkat sehingga mendorong perlakuan tersebut.

Gajah tersebut walau bagaimana pun meninggalkan kereta itu selepas berjaya menghasilkan calar yang teruk pada kereta berkenaan.
 

No comments:

Post a Comment