Tanda tanya seorang lelaki Arab Saudi yang sentiasa mengalami hidung berdarah secara berterusan akhirnya terjawab apabila doktor mendapati sebatang gigi tumbuh dalam hidungnya.
Lelaki berusia 22 tahun itu, yang sentiasa mengalami pendarahan hidung sekurang-kurangnya sekali sebulan selama tiga tahun, diberitahu bahawa terdapat gigi sepanjang setengah inci di dalam rongga hidungnya.
Menurut laporan satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Case Reports, gigi tambahan yang tumbuh dalam rongga hidung lelaki itu mengakibatkan geseran pada bahagian dalam hidung sehingga berlakunya pendarahan.
Doktor dari King Fahd Military Medical Complex di Dhahran amat terkejut dengan gigi dalam hidung itu kerana lelaki berkenaan mempunyai set gigi yang hampir sempurna dalam mulutnya, menurut Live Science.
Setelah dijalankan pemeriksaan secara rapi, gigi tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan.
Salah seorang daripada penulis kajian itu, Dr John Hellstein, , menjelaskan bahawa walaupun jarang berlaku, gigi tambahan boleh tumbuh berhampiran gigi kacip dan adakalanya ia akan tunbuh secara menegak ke atas.
No comments:
Post a Comment