Menurut saintis, satu planet berbatu atau asteroid yang kini bergerak menuju bumi akan menyebabkan kemusnahan planet bumi, perubahan iklim dunia dan membinasakan kehidupan manusia, namun semuanya didakwa hanya akan terjadi pada tahun 2880.
Asteroid yang berdiameter satu kilometer ini bergerak dengan kelajuan sembilan batu ke bumi. Ini bermakna ia akan menghampiri planet bumi dengan 38,000 batu setiap jam.
Walaupun kemungkinan planet berbatu itu melanda bumi sangat tinggi adalah agak tinggi, para saintis yakin bahawa 35 generasi baru selepas ini sempat menikmati kehidupann di bumi sebelum kejadian itu melanda.
Menurut para saintis ini lagi, keprihatinan terhadap bidang ini meningkat sejak satu meteor yang gagal dikesan hingga menyebabkan 1,500 orang cedera di bandar Rusia tahun lepas.
'Berikutan insiden pada bulan Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia, wujud kepentingan dalam memikirkan bagaimana untuk menangani bahaya kesan asteroid,' demikian menurut penyelidik di University of Tennessee.
No comments:
Post a Comment