Ketika kekejaman Israel terhadap Palestin kembali berleluasa, pelbagai cerita menarik yang berkaitan mula tersebar di media sosial.
Selain kisah-kisah kezaliman Yahudi yang melancarkan serangan pada Palestin, banyak pula kisah aneh yang muncul yang dilihat ada kaitan dengan peperangan Israel-Palestin.
Jikalau sebelum ini video seekor kuda putih terbang yang dikatakan menghantar bantuan pada Palestin menjadi viral, kini video bayi bermata satu yang dikatakan lahir di Israel pula tersebar luas.

Video bayi yang dikatakan Dajjal ini sebenarnya telah dimuat naik di You Tube sejak tahun lalu. Malah ada juga kisah bayi dan gambar bayi bermata satu ini yang telah didedahkan sejak tahun 2009 lagi.
Namun, kini di kala Israel ligat membedil Palestin, video ini kini menjadi popular semula di media-media sosial. Aktivis di Facebook telah menunjukkan video bayi baru lahir ini dengan satu mata di tengah-tengah dahinya tanpa hidung dan menggelarnya sebagai dajjal.
Tiada kesahihan tentang kebenaran cerita ini dan ramai juga yang mendakwa ia sebagai satu penipuan. Namun banyak pula pihak yang mengakui kebenarannya dan memberi penjelasan saintifik bahawa ia digelar 'Cyclopia' atau 'Synophthalmia' iaitu sejenis kecacatan pada bayi sejak lahir.
Wallahualam...hanya Allah yang maha mengetahui segalanya. Namun, andai benar cerita ini hanya palsu, nyata sentimen anti Zionis dan pergolakan di Timur Tengah kini benar-benar menaikkan populariti cerita ini dan memberinya daya tarikan tersendiri.

No comments:
Post a Comment