expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 August, 2014

MEMALUKAN ISLAM; PASANGAN LESBIAN DARI IRAN BERKAHWIN




Cinta itu buta, cinta itu membuat manusia jadi gila, malah cinta juga membuat manusia lupa segalanya termasuklah segala larangan agama. 

Mungkin inilah yang boleh dikatakan mengenai satu pasangan lesbian beragama Islam dari Iran yang telah melangsungkan perkahwinan di Stockholm. Paling mengejutkan imam (kononnya) yang mengahwinkan mereka juga adalah seorang gay.

Dengan penuh kegembiraan dalam senyuman penuh makna, Sahar Mosleh dan Maryam Iranfar akhirnya berkahwin selepas 9 tahun hidup bersama sebagai pasangan kekasih.

Pasangan itu dikatakan telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis kerana kedua-duanya berasal dari Iran iaitu sebuah negara di mana homoseksual akan dijatuhkan hukuman mati.

Mereka yang mula bertemu secara online melangsungkan perkahwinan secara bebas di Stockholm, Sweden, dengan disaksikan orang ramai.

Lelaki yang dipanggil imam, Mohamed Zahed yang mengahwinkan mereka juga mendapat perhatian hebat dalam kalangan aktivis LGBT dari negara-negara Islam. Beliau kini menetap di Afrika Selatan.

Bercakap selepas majlis itu, Zahed yang berasal Algeria menyatakan rasa gembira beliau dan kagum terhadap keberanian mereka dalam mengejar kehidupan baru di luar negara.

"Saya amat bersyukur atas perkahwinan yang indah ini dan merasa amat bertuah kerana dapat memberi restu pada mereka," kata Zahed.

"Saya gembira mereka akhirnya dapat membina keluarga selepas perjuangan bertahun-tahun," tambah Imam Zahed lagi.

Maryam, kini sedang sarat mengandung anak pertamanya dan tidak diketahui siapa pula bapa kepada anak tersebut. Pasangan lesbiannya, Sahar pula mengalami kecacatan dan masalah tulang rapuh sejak lahir.

Di Iran, pasangan seumpama ini menghadapi hukuman 50 sebatan buat kali pertama ditangkap bersama dan hukuman itu akan sebanyak dua kali seterusnya. Kalaulah mereka ditangkap bersama-sama kali keempat, mereka akan dijatuhkan hukuman mati.

MARYAM DAN SAHAR DIKAHWINKAN OLEH IMAM ZAHED
PERKAHWINAN PASANGAN LESBIAN INI DIBUAT SECARA TERBUKA DISAKSIKAN ORANG RAMAI














No comments:

Post a Comment