expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

23 September, 2014

BAYI DISERANG BIAWAK DI PULAU TIOMAN


Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan mengalami kecederaan parah selepas digigit biawak di rumahnya di kuarters pekerja Berjaya Resort kira-kira jam 10 pagi semalam.

Kejadian itu disedari ibunya yang berusia 20-an sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Klinik Desa Kampung Tekek namun kanak-kanak itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Mersing untuk rawatan susulan.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu malam tadi di pondok polis Kampung Tekek.

Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.

Beliau berkata, kes berkenaan adalah kali pertama dilaporkan di pulau itu yang membabitkan biawak menyerang manusia.

No comments:

Post a Comment