expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

MOTO


Translate

03 September, 2014

KECOH: PERSATUAN JURUFOTO MAHU TINDAKAN SEGERA


Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) menyeru polis mengambil tindakan segera berhubung insiden kekasaran terhadap jurugambar ketika membuat liputan ketibaan abu mayat mangsa nahas MH17 di Sungai Besi hari ini.

Presiden MPPA, Zainal Abdul Halim berkata kekasaran ke atas jurugambar The New Straits Times Aizuddin Saad amat tidak berperikemanusiaan..

"Pergerakan dan tugas jurufoto media dalam sebuah tugasan mengikut etika kewartawanan.

"Jurufoto dan pihak media bertugas boleh menerima budi bicara pihak keluarga sekiranya tidak membenarkan membuat liputan tetapi bukan cara mengasari keadaan sedemikian" jelasnya.

Aizuddin membuat laporan polis awal petang tadi di Cheras, mendakwa diserang ahli keluarga mangsa ketika bertugas sehingga cedera di hidung dan peralatan kameranya rosak.

Dalam kenyataannya hari ini, Zainal berkata Aizuddin ditumbuk di muka manakala jurufoto Utusan Malaysia Rushdi Salleh sempat mengelaknya.

MPPA akan membuat satu laporan polis juga berhubung kejadian tersebut dan mengambil kira hak dan kepentingan keselamatan jurufoto semasa membuat liputan.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment