expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 September, 2014

PAPARAN IMEJ LUCAH DI SKRIN BESAR PUSAT BANDAR



Imej dan video pornografi biasanya ditonton secara privasi untuk kepuasan sendiri namun dalam satu kejadian yang tidak disengajakan ianya telah dikongsi bersama orang awam di sebuah bandar di China. 

Gara-gara kecuaian tersebut, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara kerana dengan tidak sengaja telah menayangkan gambar lucah pada skrin besar di pusat bandar.

Menurut laporan, lelaki tersebut yang bertugas sebagai operator pengendali skrin telah dihukum penjara selepas secara tidak sengaja memaparkan gambar porno pada skrin besar di pusat bandar yang sibuk dan padat dengan orang awam.

Orang ramai di luar Stadium Maryland di bandar Lanzhou, China amat terkejut apabila pelbagai gambar boleh ditonton di layar skrin gergasi.

Pelbagai imej tersebut termasuk seorang lelaki dan seorang wanita yang menunjukkan pelbagai aksi dan posisi seksual telah terpapar di skrin tersebut selama kira-kira 12 saat.

Pengendali skrin tersebut akhirnya dihukum penjara selama 15 hari dan diarah membayar denda sebanyak ¥ 3,000 (RM1559)

STADIUM MARYLAND MENYAKSIKAN PEMAPARAN IMEJ LUCAH DI SKRIN BESAR
ORANG AWAM NYATA TERKEJUT DENGAN PAPARAN IMEJ LUCAH SELAMA 12 SAAT ITU

No comments:

Post a Comment